SEJARAH MENGAJAR KITA

LAGU DAN SEJARAH SJK (C) CHI MANG

LAGU SEKOLAH
Sekolah saya berdiri megah di pinggir pantai
Mendidik dan membimbing anak bangsa
Memupuk, membentuk masyarakat gemilang
Setiap hari majukan pelajaran, tingkatkan keperibadian untuk maju ke hadapan
Semoga kita sayang-menyayangi dan berusaha demi kejayaan

SEJARAH SEKOLAH SJK (C) CHI MANG, AIR MASIN, KUKUP.

TAHUN

PERISTIWA PENTING YANG BERLAKU

1923-1940 dongshipic2.JPG (17651 bytes)          Pada tahun 1923, seorang guru yang bernama Koh Yong Li yang berasal dari negeri China, mula mengajar dan mendidik anak-anak Kampung Air Masin. Pada mulanya, beliau hanya mempunyai 36 orang murid sahaja dan ia menumpang di sebuah rumah orang kampung. Pada tahun 1927, Cikgu Koh menamakan sekolahnya sebagai " CHI MANG ", yang membawa maksud " Pendidikan Awal ". Pada tahun 1940, hasil kerjasama 12 orang kampung yang menitikberatkan pendidikan, sebuah bangunan sekolah kecil yang hanya mempunyai 2 buah bilik darjah telah ditubuhkan.
1960 Oleh kerana pertambahan murid yang pesat, bangunan lama yang usang sudah tidak mencukupi. Dengan adanya kerjasama dan wang derma yang dipungut daripada orang ramai, sebuah bangunan baru yang menelan belanja sebanyak RM30,000.00 telah dibina. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah dewan kecil, sebuah pejabat guru, asrama guru, sebuah dapur, dan dua buah bilik air.
1978-1979 Dengan adanya peruntukan daripada Menteri Besar Johor dan menteri-menteri lain, sebuah perpustakaan, 4 buah bilik darjah baru, dan sebuah bilik pingpong telah dibina pada tahun 1978 dan 1979.
1991-1994 chimang3.JPG (15427 bytes)      Pada tahun 1991, bilik yang sedia ada didapati tidak mencukupi dan buruk kerana bangunan sekolah diperbuat daripada kayu dan papan. Jemaah Pengurus telah membuat keputusan untuk mengubah bangunan sekolah daripada papan ke simen supaya tahan lama. Satu jawatankuasa pembinaan bangunan baru sekolah telah ditubuhkan dan ahli-ahli jawatankuasanya bertungkus-lumus mengumpul wang daripada pelbagai sumber.  Pada tahun 1993, bangunan baru telah mula dibina. Pada tahun 1994, sebuah bangunan sekolah konkrit dua tingkat telah siap dibina. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru, sebuah bilik perpustakaan, dan sebuah bilik tayangan.
1994-1996

litangkaimu.JPG (25375 bytes)          Pada akhir tahun 1994, sekolah ini telah mendapat peruntukan pembangunan sebanyak RM85,000.00. Dengan adanya amaun wang yang besar ini, Jawatankuasa Pembinaan mula merancang membina sebuah Dewan Serbaguna. Pada tahun 1995, Guru Besar, Encik Ang Teck Yoke telah ditukarkan ke SJK(C) Pei Chun 2. Puan Hor Siew Yoong ditukarkan ke sekolah ini sebagai guru besar baru. Pada awal tahun 1996, sebuah dewan besar yang berukuran 120kaki X 40 kaki telah siap dibina.

1997-1998 Puan Hor Siew Yoong telah ditukarkan ke sekolah SJK(C) Yu Ming(2) pada awal tahun 1997 dan Encik Lim Soon Quee mengambil alih tempatnya sebagai guru besar baru. Pada 16hb Mei 1997, dewan besar telah dirasmikan. Pada 31hb Mei 1997, Encik Lim Soon Quee telah ditukar ke SJK(C) Lok York, Benut. Puan Teo Siw Luan mula memegang jawatannya sebagai guru besar baru pada 1hb Jun 1997. Pada 14hb Mac 1998, Kelas Komputer Sekolah Chi Mang mula beroperasi. Bilik Komputer telah dilengkapkan dengan 11 unit komputer yang terkini.

backfade.gif (12820 bytes)


Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998

Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032