book-1.gif (1697 bytes) Pusat Sumber Sekolah book-1.gif (1697 bytes)
barcyan3animation.gif (1398 bytes)

tushuguan3.JPG (16798 bytes)
JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Peringkat Daerah Pontian 1998
NAIB JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 1998

JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Peringkat Daerah Pontian 1999
JOHAN Pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Peringkat Negeri Johor 1999

psumber5.JPG (16075 bytes)            Pusat sumber SJK (C) Chi Mang telah menyandang Johan dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah Rendah Katogeri B peringkat negeri Johor pada tahun 1997. Kecemerlangan ini adalah hasil titik peluh dan usaha bersama semua warga pendidik di samping mendapat kerjasama dan sumbangan daripada pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru sekolah ini.

                Pusat sumber merangkumi perpustakaan, bilik tayangan, dan bilik alat bantuan mengajar merupakan tempat pengumpulan maklumat yang amat penting bagi sesebuah sekolah. Dengan adanya pusat sumber ini, secara tidak langsung ia dapat membantu para guru melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Segala maklumat penting yang berkaitan dengan pengajaran dapat diperolehi dari pusat sumber ini. Ini menjadikan pusat sumber salah satu elemen penting bagi sesebuah sekolah.

psumber4.JPG (20241 bytes)                Pusat sumber yang dimiliki oleh SJK (C) Chi Mang buat masa kini boleh dikatakan cukup lengkap, bersesuaian dengan konsepnya yang amat menekankan kekemasan hiasan dalaman terutamanya daripada segi susun atur kerusi meja, bahan-bahan rujukan hinggalah kepada pelbagai jenis bahan pameran yang terdapat di dalamnya. Ia adalah penting bagi mewujudkan satu suasana yang cukup selesa kepada semua pengguna terutamanya murid-murid.

                Namun tidak dapat dinafikan sebelum bangunan baru siap dibina pada bulan Julai 1994, segala kemudahan asas terutamanya pusat sumber tidak dapat disediakan dengan sebaiknya. Disebabkan oleh ruang yang begitu terhad, maka kemudahan bilik tayangan dan bilik alat bantuan mengajar tidak dapat diadakan pada ketika itu. Semua alat bantuan mengajar terpaksa ditempatkan di setiap kelas,manakala perpustakaan pula hanya meliputi separuh daripada keluasan bilik darjah yang terdapat sekarang. Sudah tentulah keadaan ini mewujudkan satu suasana yang tidak begitu selesa kepada pengguna.

psumber2.JPG (18210 bytes)            Pelbagai usaha dijalankan agar kemudahan ini dapat disediakan dengan lebih selesa lagi. Akhirnya dengan kerjasama sepenuhnya pihak Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, maka sebuah bangunan baru dua tingkat yang menjadi kebanggaan penduduk kampung ini telah siap dibina pada pertengahan bulan Julai,1994. Dengan adanya bangunan baru ini, maka ruang yang lebih luas dapat disediakan bagi mengadakan kemudahan-kemudahan yang tersebut. Maka pada pertengahan bulan Ogos,1994, bilik perpustakaan dan bilik tayangan yang telah dilengkapi dengan segala kemudahan dapat digunakan. Namun begitu, bilik alat bantuan mengajar masih ditempatkan di bangunan lama di mana pengubahsuaian telah dilakukan ke atas bilik guru yang lama untuk menempatkan semua alatan tersebut. Maka ,dengan ini lengkaplah salah satu nadi penting yang menjadi pemangkin kepada kejayaan sekolah ini.

                Perpustakaan ini bukan sahaja menjadi salah satu elemen penting sebagai tempat membaca, meminjam, dan memulangkan buku, namun ia juga merupakan tempat  kita mencari ilmu, dan menambahkan pengetahuan serta hiburan. Pelbagai bahan yang ditempatkan di sana dapat kita jadikan rujukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, suasana yang cukup selesa dan ceria ini tentu akan dapat menarik minat murid untuk berkunjung ke sana.

psumber3.JPG (20324 bytes)          Perpustakaan SJK (C) Chi Mang memilik koleksi buku yang begitu banyak sekali iaitu 4580 buah buku yang dikategorikan mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Buku-buku ini terbahagi kepada dua jenis iaitu buku-buku fiksyen dan buku-buku bukan fiksyen.Buku-buku fiksyen pula terbahagi kepada Fiksyen Cina , Fiksyen Melayu, dan fiksyen Inggeris dengan huruf ringkasan FC, FM, dan FI. Buku-buku fiksyen ini disusun mengikut tahap yang bersesuaian dengan murid-murid Tahun 1 dan 2, Tahun 3 dan 4, serta Tahun 5 dan 6. Buku-buku ini juga ditampalkan dengan pelekat berwarna pada kulit buku untuk memudahkan murid-murid mencari buku-buku yang bersesuaian dengan mereka. Di samping itu, ia juga bagi memudahkan lagi pengawas perpustakaan mengembalikan buku-buku tersebut ke tempat asalnya apabila ia dipulangkan oleh para peminjam.

                Selain daripada buku-buku tersebut, pihak perpustakaan juga menempah surat khabar dan majalah sebagai bahan bacaan tambahan kepada murid-murid. Perpustakaan dibuka setiap hari persekolahan . Murid-murid Tahun 1 hingga 6 dibenarkan memasuki perpustakaan mengikut jadual yang ditetapkan bersama-sama guru mata pelajaran. Pada waktu petang, perpustakaan juga dibuka sehingga jam enam petang untuk memberi peluang kepada murid-murid mencari maklumat yang diperlukan.

                Jadual waktu peminjaman buku telah disusun dan semua murid wajib membuat pinjaman mengikut bilangan buku yang ditetapkan berdasarkan 3 bahasa utama iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.

Statistik peminjaman buku dan jadual waktu peminjaman adalah seperti di bawah :

Hari Kelas/Tahun Bilangan buku yang dipinjam
BC BM BI Jumlah
Isnin Tahun 1 2 1 - 3
Selasa Tahun 2 2 1 - 3
Rabu Tahun 3 2 1 1 4
Khamis Tahun 4 2 1 1 4
Jumaat Tahun 5 / 6 2 1 1 4

  Waktu Peminjaman : 7.00 -- 7.30 pagi & 10.00 --10.20 pagi

Perpustakaan sekolah ini tidaklah begitu luas, bagaimanapun terdapatnya beberapa sudut yang dapat memanfaatkan semua warga sekolah seperti sudut pameran, sudut akhbar, sudut bercerita, sudut mata wang, dan sudut tribahasa. 

luye.gif (1301 bytes)

JK Pusat Sumber 2010

backfade.gif (12820 bytes)


Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998

Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032