Make your own free website on Tripod.com

    PASUKAN PING PONG SJK (C) CHI MANG

                                                     pingpangdejiang.jpg (12473 bytes)                                                                                                     
        Kampung Air Masin- hanya mempunyai lebih kurang seratus dua puluh buah rumah. Sejak beberapa tahun ini telah muncul banyak pemain ping pong yang berpotensi -- Sekolah Chi Manglah yang berfungsi sebagai salah sebuah pusat pengasuh tunas ping pong Pontian.

        Setiap tahun pasukan ping pong Chi Mang telah mencapai prestasi yang amat memuaskan. Sudah 4 tahun berturut-turut menjadi Johan Bergu Lelaki MSSD Pontian dan 3 tahun berturut-turut Naib Johan Bergu Lelaki MSSD Pontian. 2 tahun berturut-turut Johan Perseorangan Lelaki MSSD Pontian.

        Setiap tahun terdapat sekurang-kurang 4 orang pemain yang mewakili Pontian ke MSSJ. Keputusan juga amat membanggakan. Pada tahun 1996 telah mendapat Naib Johan Bergu Lelaki Johor. Pada tahun 1997 telah mendapat tempat Keempat Bergu Lelaki Johor. Pada tahun 1998, telah mendapat Naib Johan Bergu Lelaki Johor dan Keempat Bergu Perempuan Johor.

        Selain daripada mengambil bahagian dalam pertandingan MSS, pasukan ping pong Chi Mang juga menyertai Pertandingan Ping Pong Tunas Pontian, Pertandingan Ping Pong Remaja Pontian dan Pertandingan Ping Pong Terbuka Pontian.Permain-pemain berikut pernah mewakili Pontian ke peringkat Johor seperti Tan Boon King, Kwa Yean Huat, Koo Loo Sie, Goh Giok Ching, Koo Su Xin, Yeo Chai Lian, Chua Meng Tee, Swa Siong Heng, Kwa Yean Xiang, Ang Sui Theng, Lim Chuan Lee, Ang Haan Bing, Tan Wei Kiang dan Ang Boon Kah.

        Jurulatih Pasukan Ping Pong Chi Mang Cikgu Soo Yuan Hun mengatakan bahawa sekolah mempunyai 6 buah meja ping pong. Setiap hari akan menjalankan latihan mengikut kumpulan iaitu dari pukul 4.30pm hingga 6.00pm. Sekolah Chi Mang juga merupakan tempat latihan pusat MSSD Pontian dan Tunas Ping Pong Pontian.    

กก

กก