PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU

               Persatuan Ibu Bapa Dan Guru-guru SJK (C) Chi Mang telah ditubuhkan pada tahun 1974. Sehingga kini(2007), penubuhannya telah menjangkau usia 33 tahun. Persatuan ini telah  memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan sekolah ini.

                Pada tahun 1987, PIBG sekolah ini telah menubuhkan kelas tadika . Penubuhannya dicadangkan oleh bekas pengerusi PIBG , mendiang Encik Kang Wo Seng . Kelas tadika ini telah mendedahkan kanak-kanak dengan pendidikan awal sebelum menjejakkan kaki ke Tahun Satu.

                Selain daripada itu, PIBG SJK (C) Chi Mang juga telah mengadakan kelas tambahan pada waktu petang untuk warga didik di sekolah ini sejak tahun 1988. Keberkesanan kelas tambahan ini amat ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana kelulusan UPSR meningkat dengan mendadak sekali.
 
                PIBG sekolah ini juga menyediakan sumbangan saguhati untuk anak-anak  didik di sekolah ini sebagai dorongan kepada murid-murid untuk terus berusaha ke arah kecemerlangan akademik mahupun kokurikulum. Bekas pengurus Lembaga Pengurus Sekolah ,Encik Tan See Ying juga menyediakan Biasiswa Tan See Ying untuk para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka.

                Mulai dari tahun 1997 , PIBG SJK(C) Chi Mang juga menyediakan bantuan kewangan untuk membiayai buku pinjaman kerajaan yang tidak mencukupi. Oleh kerana dasar pinjaman buku kerajaan telah dipinda , maka pinjaman buku teks dan buku kerja sepenuhnya tidak dapat dikecapi lagi. Jadi pihak PIBG telah memperuntukkan sejumlah wang untuk menampung keperluan tersebut. Tujuan ini adalah untuk membantu semua anak didik di sekolah ini.

                Akhir sekali , pada bulan Februari, 1998, PIBG SJK(C) Chi Mang juga telah mengadakan kelas komputer. Kelas komputer ini dilengkapi dengan kemudahan pendingin hawa dan 11 buah komputer. Semua murid di sekolah ini mendapat pendedahan tentang penggunaan dan pengetahuan komputer.

                Setiap bekas pengerusi memainkan peranan yang penting dan mencurahkan bakti dan jasa yang tidak dapat dinilai dalam perkembangan dan pembangunan sekolah ini.Pengerusi yang baru menyandang jawatan ini , Encik Lee Kim Kiang adalah seorang pengerusi yang berkalibar. Diharapkan di bawah pimpinannya , PIBG sekolah ini dapat mengorak langkah ke hadapan dan memberikan sumbangan yang lebih berkesan lagi.

 

luye.gif (1301 bytes)

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SJK (C) CHI MANG 2000/2001
 

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SJK (C) CHI MANG 2004/2005

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SJK (C) CHI MANG 2006/2007

backfade.gif (12820 bytes)
 


Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998

Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032