Make your own free website on Tripod.com

kelaskomputer.gif (127503 bytes)
barcyan3animation.gif (1398 bytes)

     
bkomputer.JPG (19200 bytes)
        Dalam era menuju ke arah wawasan 2020, komputer merupakan alat teknologi maklumat yang tidak boleh diabaikan. Setiap individu perlu bergerak seiring dengan kemajuan teknologi maklumat ini demi menguasai pengetahuan baru dan teknologi moden. Kita perlu berlumba-lumba untuk menguasai kemahiran ini agar setaraf dengan masyarakat luar. Kemajuan yang sungguh menakjubkan ini tidak akan dapat dikejar andai kata kita masih lagi dibuai mimpi. Kerjasama yang erat antara sekolah dengan pihak kementerian pendidikan dari segi usaha dan tenaga akan dapat membantu  para pelajar agar mereka celik komputer.

Walaupun kekurangan ruang untuk menjayakan projek tersebut, namun hasil daya usaha dan inisiatif daripada semua pihak, akhirnya bilik perpustakaan lama telah berjaya diubahsuaikan pada pertengahan tahun 1997 untuk dijadikan bilik komputer.

        Dengan sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG serta individu tertentu yang begitu bermurah hati, SJK (C) Chi Mang dengan bangganya telah merasmikan majlis pembukaan kelas komputer pada 14 Mac 1998 yang lalu. Majlis perasmian tersebut telah dilaksanakan oleh Encik Yer Boon Pit iaitu bekas Pengurus Lembaga Pengurus Sekolah.

        Bilik yang serba lengkap dengan, bersebelahan dengan dewan sekolah ini telah dilengkapi dengan alat pendingin hawa dan 11 buah komputer. Apa yang lebih dibanggakan lagi ialah kemudahan tersebut telah dapat dimanfaatkan dengan baiknya apabila bermulanya kelas komputer pada pertengahan bulan Februari, 1998 yang lalu.

        Semua murid diwajibkan menyertai kelas komputer yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kelas komputer ini dijalankan pada sebelah petang pada hari persekolahan untuk kelompok-kelompok tertentu sekali seminggu. Ia dijalankan selama satu setengah jam . Kelas komputer ini juga terbuka kepada orang-orang dewasa terutamanya penduduk Kampung Air Masin , AJK Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG serta ibu bapa yang berminat. Mereka diajar terutama pengetahuan asas yang berkaitan dengan komputer. Adalah diharapkan golongan lepasan sekolah ini juga mengambil peluang ini mempelajarinya. Semasa zaman persekolahan mereka dapat menguasai kemahiran tersebut dan tidaklah ketinggalan sejajar dengan kemajuan pesat dalam bidang sains dan teknologi.

diannao2.JPG (12504 bytes)
        Walaupun pengendalian dan penubuhan kelas komputer merupakan suatu tugasan yang berat dan sungguh mencabar, kerana ia memerlukan pengetahuan yang cukup tinggi, namun dengan adanya kerjasama yang jitu daripada semua warga sekolah, kami percaya segala rintangan dan kesulitan akan dapat diatasi. Kursus-kursus yang diikuti oleh guru-guru sekolah ini berkaitan dengan komputer sudah tentu akan dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka tentang alam yang serba canggih tersebut. Kursus-kursus yang berkaitan akan terus diikuti dari semasa ke semasa dengan harapan SJK (C) Chi Mang akan terus cemerlang untuk selama-lamanya dalam apa jua bidang.

kelas komputer ( lama)

backfade.gif (12820 bytes)


Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998

Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032