Make your own free website on Tripod.com

Tabung Derma Ikhlas

luye.gif (1301 bytes)

Lawatan Ke Rumah Kanak-kanak Terencat Akal, Saleng, Kulai 2010

Tarikh : 6.2.2010 ( Sabtu )

Masa :8.00 pagi - 1.00 tengah hari

Jawatankuasa Lawatan

Penasihat : Pn. Chan Kim Yoke( Guru Besar )

Pengerusi : Cik Tey Pui Yan

Naib Pengerusi : Encik Soo Yuan Hun

Setiausaha : Encik Ling Shyan Jerk

AJK :

Pn. Ang Su Hoon

Cik Koh Xin Min

Cik Koh Tze Mian

Cik Tan Xui Jing

Cik Zurina Binti Azmi

Encik Poh Kai Siang

Pn. Tan Lee Hoe

Matlamat Aktiviti:

1. Meningkatkan keprihatinan terhadap mereka yang berada dalam kesusahan.

2. Mewujudkan keharmonian di kalangan warga sekolah.

3. Meningkatkan komitmen atas rasa sayang terhadap masyarakat yang tidak bernasib baik.

4. Menyemai dan mengukuhkan rasa kasih sayang terhadap masyarakat.

5. Melahirkan semangat tolong menolong dan kemesraan di kalangan ahli masyarakat.

Jumlah Kutipan Derma : RM2472

Derma Kepada Pusat Penjagaan Kanak-kanak Terencat Akal : RM2300

Tambang Bas : RM60.00

Bayaran makanan untuk murid : RM71.50

Baki : RM40.50 ( Masuk Tabung Derma Ikhlas)

Lain-lain Bahan Keperluan Harian

luye.gif (1301 bytes)

Gambar Kenangan

 

luye.gif (1301 bytes)

 

Lawatan Ke Rumah Orang Tua, Pekan Nanas 1995 - 2007

        Tabung derma ikhlas SJK (C) Chi Mang telah ditubuhkan pada awal tahun 1997. Penubuhannya adalah bertujuan untuk membentuk warga sekolah yang berjiwa penyayang , sedia membantu dalam apa jua keadaan di samping mengeratkan lagi semangat kekitaan dan kemesraan antara warga sekolah dan warga luar terutamanya masyarakat yang memerlukan perhatian.

laorenyuan1.JPG (20454 bytes)        Penglibatan dan sumbangan secara total daripada warga sekolah adalah diharapkan dapat merealisasikan konsep sekolah penyayang. Berdasarkan cogan kata " Orang berjiwa baik membuat baik, memapah yang miskin dan menyelamatkan yang berpenyakit," adalah diharapkan dapat membuka mata dan minda setiap warga sekolah untuk terus menyumbang ke arah menjayakan setiap program yang dirancang demi keharmonian bersama.

        Pada setiap kali perhimpunan mingguan, tabung ini diedarkan kepada semua murid agar dapat mendermakan wang seikhlas mungkin daripada wang saku mereka. Bak kata pepatah, "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit."
 
laorenyuan.JPG (24835 bytes)         Guru yang ditugaskan untuk mengendalikan tabung ini ialah Cikgu Tey Pui Yan dan Cikgu Chan Wah Cheong. Di samping kutipan derma, pihak sekolah juga turut merancang aktiviti tahunan seperti mengadakan lawatan ke Rumah Orang Tua di Pekan Nanas. Aktiviti ini diadakan menjelang Tahun Baru Cina setiap tahun . Sebahagian wang kuitpan derma itu digunakan untuk membeli hadiah , dan barang-barang hiasan serta "ang pau" sebagai duit hari raya kepada mereka. Dalam lawatan ini juga, murid-murid dan guru-guru akan sama-sama membantu untuk menghiasi rumah orang tua ini agar wujudnya suasana yang lebih ceria bersesuaian dengan hari yang mulia itu. Dengan adanya lawatan seperti ini setiap tahun, sudah tentulah penghuni-penghuni di rumah orang tua tidak akan rasa tersisih di mana masih ada lagi masyarakat luar yang begitu prihatin terhadap kehidupan mereka.

        Di samping bergotong-royong membersihkan kawasan sekeliling, orang-orang tua ini juga akan dihidangkan dengan pelbagai persembahan terutamanya tarian dan nyanyian daripada murid-murid.

        Adalah diharapkan projek ini akan terus menaburkan jasa, mencurahkan bakti dan bantuan kepada semua yang memerlukan terutamanya orang-orang tua, cacat, dan mengalami kesempitan hidup dari semasa ke semasa. Perkhidmatan penyayang di kalangan warga sekolah akan diteruskan.

luye.gif (1301 bytes)

Badan-badan atau individu yang menerima derma dari
Tabung Derma Ikhlas SJK (C) Chi Mang

1.    Rumah Orang Tua Pekan Nanas ---              RM741.05

2.    Murid Tahun 4 SJK (C) Pei Hwa, Kota Tinggi --RM400.00

3.    Ang Boon Ha (Penghuni Air Masin) --          RM1020.00

4.    Ang Wen Xin (Murid SJK (C) Chi Mang) ---     RM1108.00

5.    Kang Wo Seng (Pengerusi PIBG) ---            RM1840.00

6.    Yeo Shan Shan (Penghuni Air Masin) --        RM780.00

7.    Rumah Orang Tua Pekan Nanas --               RM565.00

8.    Cikgu Ho, SJK (C) Chung Hwa, Kayu Ara Pasong-- RM860.00                        

9.     Pontian Rotary Haemodialysis Centre --           RM120.00

10.    Rumah Orang Tua Pekan Nanas (6.2.1999)--     RM642.00

11.     Pontian Rotary Haemodialysis Centre(1.3.1999)  -- RM120.00

12.    Pesakit Japanese Encephalitis(2.4.1999)--         RM1050.00

13.   En. Ng Eng Seng -- Muar  ( 13.8.1999) --           RM700.00

14.  Adik Koh Li Hwa -- SJK (C) Chi Mang (20.8.1999)--   RM931.00

15.   Mangsa Gempa Bumi Taiwan ( 1.11.99 ) --            RM350.00

16.    Rumah Orang Tua Pekan Nanas (29.1.2000)--         RM627.00

17.     Pontian Rotary Haemodialysis Centre(1.2.2000)  --RM120.00

18.    Bapa dan adik Cikgu Zhang Hui Ping ( Kluang ) - (29.2.2000) -- RM 731.00

19.   Encik Zhao You Hua    ( 31.3.2000 ) --             RM 507.00       

JUMLAH :   RM13212.05

gambar kenangan

luye.gif (1301 bytes)

backfade.gif (12820 bytes)


Laman Web SJK(C) Chi Mang Dilancarkan Dengan Rasminya oleh
En. Low Kim Teck
pada 17.8.1998

Laman Web SJK(C) Chi Mang diselenggara oleh:
Cik Tey Pui Yan dan En. Soo Yuan Hun
SJK (C) CHI MANG,
Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor, Malaysia.
07-6969032